Sunday, June 19, 2011




"Life is made up of meetings and partings. People come into your life everyday, you say good morning, you say good evening, some stay for a few minutes, some stay for a few months, some a year, others a whole lifetime. I'm so glad I met you. I'll thank my lucky stars for that. But now it's time for us to part."

p/s : I know I don't have to wait. I'll just leave in a good way. :)

Friday, December 31, 2010

New Year Resolutions....Not!

Hai everyone!

It's been a while since I updated my blog. Ok. Tipu. More like months I abandoned this baby. Haha. Kalaulah blog ni memang baby macam baby adopter I tu confirm dah mati baby I. What a bad mother I ni kan? T_T

Since tomorrow will be a new year for us, I seperti biasa tak ada pun new year resolutions. I bukannya apa. I sumpah malas nk menanam impian (cececeh) sebab I tau I memang takkan accomplish punya resolution tu semua. Lagi teruk lagi ada lah. So, better I just hope that may 2011 will bring me happiness and good things too. InsyaAllah. :)

Now, let me bring the memory of 2010 throughout the year.

  • I sambung degree I dekat Melaka and it's not LAW. Takde rezeki but I think ada hikmah semuanya tuh.
  • I dipaksa tinggal di rumah sewa tanpa kehendak I. So, banyak benda lah nak kena fikir. Nak kena masak, bayar rumah sewa, bil and etc.
  • I had my unexpected result for the first semester but cannot maintain lorh for the second semester. Kegembiraan sementara je itu semua. T_T
  • Nana, armie and my cousin, Sera, sleepover kat rumah sewa I. Sumpah best. We had fun together dengan Ili sekali and sibuk tengok orang main tium-tium dekat pantai. Hahaha.
  • First time menjadi sukarelawan untuk sukan paralimpiad, that means sukan untuk orang cacat. Bila tengok keadaan diorang tuh semua buat I insaf dan bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan dekat I.
  • Setahun I hidup dengan bantuan MAS (Mama Abah Sara) dan setahun nih gak lah I tak bershopping langsung dan kena kedekut dengan diri sendiri dan semua orang. But, alhamdulillah 2011 I dapat gak bantuan kewangan. Hee.
Anyways, 2010 memang membawa seribu satu kenangan dekat I. Belajar di tempat baru, berjumpa kawan baru tapi kawan-kawan asasi sampai mati I takkan lupa (auww), jauh beribu kilometer dari abah dan mama, sibuk nak bercinta tapi tak jadi (HAHAHA), sibuk memanjang sepanjang tahun sampai nak call abah dengan mama pun tak boleh hari-hari. But, everything is good and I have to say I love 2010. Cheers everyone. :)




Nah tatap lah muka hitam I nih sebagai penutup kata. Hahaha. Bye!!

Randomness : Back to Melaka tomorrow. I sorang jer yang skema balik awal. Sekarang menyesal kenapa buat keputusan utk balik awal. Cis.


Farewell and big hugs

Thursday, May 13, 2010

Masa dulu-dulu sebelum final exam, I pernah berjanji nak rajin-rajin update blog nie. Tapi I mungkir janji sebab dah dekat seminggu final exam I habis tapi (lagi) I tak update pun blog nie. Bahaha. Sumpah dah bersawang-sawang blog nie, so now it's time for me to clear all these sawang-sawang. Tee Hee.

Nah I buat satu entry khas untuk clear-kan sawang-sawang nie. Hahaha. Ok fine. Dah sakit hati dengan I. Babai.


Randomness : Idea mencurah-curah nak tulis tapi tak nak keluar plak. Haish.

farewell and big hugs

Wednesday, April 21, 2010

Pesanan Ringkas Khidmat Masyarakat!

Entry kali ini memang I nak buat pesanan ringkas untuk khidmat masyarakat. Tak kisah la untuk adik-adik ke, kakak-kakak ke, abang-abang ke memang wajib baca kemudian praktikkan dalam diri itu.


Disebabkan sekarang ini mood semuanya final exam sampai Facebook pun orang dah tak layan sebab semua sibuk menghadap buku bukannya muka buku, maka pesanan ringkas yang I nak sampai ini pun ada kena mengena dengan exam. Apa yang I ingin pesankan dekat sini ialah JANGAN MENIRU MASA EXAM NANTI!.

Tak kisah la you dah kumpul carry mark tinggi-tinggi dengan hasil meniru tu tapi bila nak final exam ni tolong lah ubah perangai you tu babe! Dah kena sumpah dengan lecturer pun tak reti nak insaf lagi. Haish, tak paham I. Apa pun setiap perbuatan yang salah itu kita kena la mintak maaf dengan orang yang kita buat salah itu. So, I expect you to apologize to the lecturer first before you enter the exam hall. Moga-moga dapat keberkatan dari lecturer-lecturer tersebut.

Randomness : Bila dah buat salah tu tolonglah minta maaf!

farewell and big hugs

Friday, April 16, 2010

Final Mode

Final is just around the corner and I tahu sekarang dah tiba masanya I kumpul balik notes yang bertaburan di merata tempat dan susun balik dalam bentuk yang comel. Kemudian, dah tiba masanya I gemuk kan kotak pensil I yang semakin hari semakin kurus sebab banyak sangat orang asyik mencopet pen-pen I. Kemudian lagi (okay, dah start annoying), dah tiba masanya I duduk diam-diam dekat meja, tunduk rapat-rapat dekat buku/nota lepas itu highlight semua benda yang I dah baca sebab tak tahu nak pilih isi mana yang penting sebab I rasa semua yang I baca itu penting. (Lame).


Bila final dah menghampiri maka orang sekeliling makin tension. Bila orang sekeliling makin tension mereka akan buat muka tension. Lalu, I pun bosan dengan situation ini. Lepas itu, terus buat status dekat FB "Kill me, people!". Haa, dasyat tak status I. Okay, maybe ada unsur-unsur exaggeration sikit tapi sumpah I bosan. Hello, chill la people! I pun tak cover lagi every chapters tapi tolonglah jangan nak tension sangat sebab kalau tension sangat you akan lupa apa yang you baca. Percayalah cakap I because it happened to me before. I pun bukannya top scorer pun tapi I percaya kalau top scorer pun akan bagi advise yang sama iaitu 'JANGAN TENSION!'.

Apa-apa pun I wish you all the best for your final and tolonglah jangan tension. Haish, rimas aku!

Randomness : Study week I di Kolej Tun Mutahir bukannya Kedah. Uwaa!!

farewell and big hugs



Sunday, April 11, 2010

Hari ini I memang rasa nak mengamuk, nak maki rakan-rakan yang berdekatan dengan I, nak tendang machine ATM dan nak mencarut dekat strangers tepi jalan.


Hari ini jugak lah I tarik muka 14 bila I kira account dengan betul tapi calculator bagi figures yang salah dekat I then I pun tekan calculator kuat-kuat sampai nak terbenam butang-butang nombor tue.

Hari ini jugak lah I rasa I memang perlukan hani, fizah nana dan ili untuk dengar rungutan I sebab bila dengan diorang I rasa I memang tak perlukan bf untuk menangis dan mengadu tanpa sebab.

Hari ini jugak lah dengan tiba-tiba I rasa nak menangis time account tapi I kena tahan kuat-kuat and simpan air mata tue.

Oh, ya! Hari ini jugak lah I tak tahu kenapa I berperangai macam ini sebab apa yang berlaku memang tak ada explanation.

Randomness : My previous friends never did this to me and you become the first. Congrats!

farewell and big hugs




Friday, April 2, 2010

Blog Updated!

Dah lama sangat I tak update blog I nie. Banyak benda sebenarnya yang I nak ber-blog tapi I everytime I tekan new post jer mesti all the ideas suddenly gone. So, I pun terus tak jadi nak ber-blog. Ramai jugak la yang tanya kat I bila I nak update my blog because they just loved my new stories in my blog. Eventhough, tak la banyak sangat yang bertanya, still I feel honoured with what you think about my blog. Tee Hee.


Insyaallah after my final exams I akan rajin update banyak cerita. Dari cerita I jadi penjual minyak wangi, cerita classmate I ingat I nie tomboy even though, I dah cukup ayu bertudung, cerita Alice in Wonderland and etc.

Randomness : Kepada SAWI , ARMIE , FIZAH dan HANI ALI sila rajin update blog anda. Saya sangat suka blog anda. Hahaha.

farewell and big hugs